Friday 28 December 2018

5 Rahsia Resume Kerja Dan Punca Anda Gagal Mendapat Pekerjaan Yang Diidamkan

Dalam menghasilkan resume yang berkualiti, anda perlu memasukkan komponen yang boleh menyerlahkan resume anda berbanding dengan resume orang lain dan contoh paling mudah ialah kursus atau program yang pernah anda sertai di sekolah, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan peringkat antarabangsa.

Resume paling mantap

Dalam artikel ini, kita mulakan dengan 5 fokus program dalam resume.

1. Program kemasyarakatan

Di IPT misalnya, kerap dianjurkan program-program yang melibatkan masyarakat seperti program anak angkat, mahasiswa ke desa, berbasikal bersama penduduk dan sebagainya.

Ambil inisiatif ini untuk menyertai program-program yang dianjurkan dan masukkan ia ke dalam resume.

Bakal majikan akan melihat anda sebagai seorang yang boleh bercampur dengan pelbagai lapisan masyarakat dan boleh menyesuaikan diri dengan pelbagai karenah dan keadaan.

2. Program kepimpinan

Kepimpinan melalui teladan, itulah yang biasa kita dengar. Anda barangkali seorang yang pendiam, tetapi anda boleh mencorakkan kepimpinan dalam diri anda dengan menyertai persatuan atau kelab yang membentuk sahsiah diri dengan baik.

Sekiranya anda seorang pengawas sekolah atau sekretariat dari majlis perwakilan mahasiswa, anda bakal mendapat perhatian oleh bakal majikan kerana anda adalah seorang pemimpin yang boleh membuat keputusan dengan bijak.

Dengan adanya komponen ini, ia bakal menyerlahkan lagi resume anda.

3. Program kesukanan

Anda minat dengan aktiviti sukan atau di luar rumah. Ini meletakkan posisi anda sebagai orang yang boleh menerima cabaran dan sedia menghadapi risiko.

Lihat sahaja ahli sukan yang ada, mereka mempunyai kekuatan mental dan fizikal untuk menjalankan aktiviti kesukanan.

Sukan bola sepak misalnya, ia nampak mudah tetapi penuh dengan strategi dan risiko untuk cedera.

Selain itu, aktiviti ini menyihatkan, jadi bakal majikan pasti gembira jika anda boleh berkhidmat dengan sihat.

4. Program keusahawanan

Anda mungkin bukan pelajar dalam bidang perniagaan tetapi anda mengambil inisiatif untuk menceburi kelab keusahawanan di sekolah atau IPT.

Di situ anda belajar perkara asas dan selok-belok bidang keusahawanan. Salah satu ciri-ciri usahawan ialah menyelesaikan masalah.

Jadi sebagai seorang kakitangan dalam syarikat, anda sudah pun menyerlahkan bakal sumbangan yang diberikan kepada majikan apabila diterima bekerja nanti.

5. Program bakat dan seni

Bakat yang ada dalam diri anda tidak semestinya melukis. Barangkali anda boleh menyanyi, berpantun dan bermain alat muzik.

Contohnya, anda oleh menyanyi sambil bermain gitar. Ia menggambarkan anda seorang yang boleh menyelesaikan banyak tugasan dalam sesuatu masa.

Masukkan kelebihan ini ke dalam resume anda supaya permohonan anda berjaya menambat hati majikan.

Kesimpulannya, anda harus memanfaatkan semua kelebihan yang ada dalam diri anda.

5 program yang anda sertai ini bukanlah untuk mendapatkan sijil semata-mata, tetapi untuk menambah nilai diri anda sebagai seorang individu yang bermotivasi dan berwawasan untuk sukses dalam kerjaya.

Usah berhenti berusaha untuk memenuhi 5 program ini, sebaliknya jadikan ia sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan demi kejayaan dalam kerjaya anda.

RAHSIA KENAPA RESUME ANDA DITOLAK BAKAL MAJIKAN!

1. Resume tidak menyerlah

Setiap kali bakal majikan membuat pengiklanan berkaitan dengan kekosongan jawatan, beratus-ratus permohonan yang akan diterima setiap hari.

Mereka sudah pastinya meletakkan keutamaan kepada calon yang memenuhi kriteria yang diperlukan. Resume yang dihantar perlu menepati citarasa atau sekurang-kurangnya bertepatan dengan sebahagian besar ciri-ciri yang diiklankan.

Oleh itu, resume anda perlu disertakan dengan pendidikan, pengalaman dan pencapaian yang anda miliki.

Komponen tersebut bakal membantu untuk dipanggil ke temuduga sekaligus membuka peluang yang lebih besar untuk menyertai kekosongan jawatan tersebut.

2. Surat iringan permohonan menjelikkan

Surat permohonan anda bukanlah ringkasan daripada resume anda, tetapi kata-kata aluan dengan menerangkan mengapa mereka perlu ambil anda berkhidmat dalam syarikat.

Masukkan informasi yang tidak terdapat dalam resume contohnya tugas-tugas yang bakal anda sumbangkan kepada mereka sekiranya diterima bekerja di sana.

Usah tulis dengan kata-kata yang terlalu hype dan mengakibatkan bakal majikan berasa jelik ketika membaca surat iringan permohonan anda.

3. Tidak menarik

Usah berkelakuan seperti yang anda begitu terdesak untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Walau bagaimana pun, anda boleh menunjukkan rasa serius anda kepada penemuduga.

Tampilkan minat anda untuk bekerja dengan menjawab soalan-soalan semasa temuduga dengan baik dan berisi.

Usah biarkan mereka melihat anda solah-olah memandang rendah kepada bakal jawatan yang dipohon.

4. Tidak bersedia untuk bekerja

Tidak serius untuk memulakan kerjaya menyebabkan kegagalan menimpa. Anda sudah tentu biasa mendengar pepatah yang mengatakan “gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”.

Ia bukanlah pepatah yang dicipta untuk main-main tetapi untuk memberi peringatan supaya anda tidak leka.

Kurangnya persediaan seperti latihan menjawab temuduga, soal selidik syarikat bakal majikan dan kurang minat untuk berkhidmat merupakan masalah yang biasa melanda mereka yang gagal.

Untuk berjaya mendapat tempat dalam kerjaya yang diidamkan, anda haruslah membuat persediaan yang perlu dan berkaitan dengan kerjaya tersebut.

5. Fokus yang keterlaluan

Semasa anda ditemuduga, pastikan anda bersikap jujur dengan penemuduga. Kongsikan kelebihan dan kemahiran yang ada pada diri anda secara santai.

Kejujuran anda merupakan kunci utama kejayaan dalam karier anda. Usah terlebih bicara hingga menimbulkan kesangsian kepada majikan.

Elakkan daripada menceritakan kemahiran yang tiada pada diri anda kerana ia bakal menjerat anda apabila diterima berkerja nanti.

Bila disuruh untuk berbuat demikian, anda terkial-kial memberitahu yang anda sebenarnya tidak mampu menunaikan kata-kata anda.

Kesimpulannya, memang tidak mudah untuk mendapatkan pekerjaan yang diidam-idamkan. Tetapi bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk mencapainya.

Tunjukkan kesungguhan anda bermula dengan resume yang terampil, surat iringan yang menawan dan sesi temuduga yang cemerlang.

Sebenarnya, apa yang anda lakukan itu adalah cerminan kepada diri anda.

Dapatkan ebook cara menyediakan Resume Kerja terbaik untuk anda yang bakal menjalani temuduga kerja agar berjaya mendapat pekerjaan!

Rahsia-resume

Add Comments


EmoticonEmoticon